UTAMA

Maklumat Asas Sekolah


 

Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong, Bintulu telah dibuka pada 6 Januari 1997 dan merupakan sekolah menengah kelima di bahagian Bintulu. SMK Kidurong terpaksa beroperasi dalam satu sesi pembelajaran iaitu pada sebelah petang (12:50 petang – 6:30 petang) sehingga bulan Februari 1998 kerana masih menumpang di Sekolah Menengah Teknik Bintulu. Pada minggu pertama SMK Kidurong telah menerima seramai 254 orang pelajar dengan dibekalkan 14 orang tenaga pengajar. Tuan Haji Ali haji Mudin telah dilantik sebagai pengetua pertama dan beliau bertanggungjawab merangka dan merancang pembangunan SMK Kidurong. Populasi SMK Kidurong kemudiannya bertambah dari tahun ke tahun apabila menerima pelajar-pelajar dan pengambilan guru-guru baharu.

Pada 17 Februari 1998, Upacara Penyerahan Rasmi Projek SMK Kidurong kepada Unit Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Eastbourne Corporation Berhad telah diadakan dan akhirnya SMK Kidurong beroperasi di tapak baharunya. Oleh sebab SMK Kidurong baru sahaja ditubuhkan, bekalan alat kelengkapan dan infrastruktur adalah amat terhad. Namun masalah ini bukanlah halangan besar bagi guru-guru pelopor untuk merancang strategi pengajaran dan pembelajaran untuk membangunkan serta memajukan sekolah ini. Bersesuaian dengan moto sekolah “Maju Terus Maju”, SMK Kidurong terus berkembang dan beroperasi secara sistematik dengan sasaran untuk melahirkan seberapa ramai pelajar cemerlang pada tahun-tahun peperiksaan sekolah mahupun awam (Penilaian Menengah RendahSijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).

Laman Web rasmi SMK Kidurong, Bintulu