SELAMAT DATANG
KE BLOG SMK KIDURONG

SEJARAH LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong, Bintulu (SMKKID) dibuka pda 6 januari 1997 dan merupakan sekolah menengah kelima di bandar Bintulu. SMK Kidurong terpaksa beroperasi pada sebelah petang (12:50 petang – 6:30 petang) sehingga bulan Februari 1998 kerana keseluruhan kelas telah digunakan oleh pelajar Sekolah Menengah Teknik Bintulu pada sebelah pagi. Pada minggu pertama Smk Kidurong telah menerima seramai 254 orang dnegan berbekalkan 14 orang tenaga pengajar. Tuan Haji Ali haji Mudin telah dilantik sebagai pengetua Pertama dan beliau bertanggungjawab merangka dan merancang pembangunan SMK kIdurong. Populasi SMK Kidurong kemudiannya bertambah dari tahun ke tahun apabila menerima pelajar-pelajar dan pengambilan guru-guru baru.

Pada 17 Februari 1998, Upacara Penyerahan Rasmi Projek SMK Kidurong kepada Unit Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Eastbourne Corporation Berhad telah diadakan dan akhirnya SMK Kidurong beroperasi di tapak barunya. Oleh sebab SMK Kidurong baru sahaja ditubuhkan, bekalan alat kelengkapan dan infrastruktur adalah amat terhad. Namun masalah ini bukanlah halangan besar bagi guru-guru pelopor untuk merancang strategi pembelajaran dan seterusnya membangunkan serta memajukan sekolah ini. Bersesuaian dengan moto sekolah “Maju Terus Maju”, SMK Kidurong terus berkembang dan beroperasi secara sistematik dengan sasaran untuk melahirkan seberapa ramai pelajar cemerlang pada tahun-tahun peperiksaan sekolah mahupun awam (Penilaian Menengah RendahSijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s