Lawatan Sambil Belajar Ke Kampung Budaya Sarawak

Rabu, 11 April 2018.
Lawatan pertama romobongan pengawas dan guru ialah ke Kampung budaya Sarawak yang terletak di kaki gunung Santubong. Kampung Budaya Sarawak juga dikenali sebagai Muzium Hidup.
Disini, para pengawas dapat mengenali dan belajar dengan lebih dekat budaya dan cara hidup tradisonal kaum-kaum yang terdapat di Sarawak. Terdapat pelbagai jenis kaum yang di pamerkan di sini serta reka bentuk rumah dan kehidupan tradisonal setiap kaum dikekalkan untuk di pamerkan pada orang awam yang berkunjung ke sini.
tepat jam 11.30 am, rombongan pengawas dijamu dengan persembahan tarian kebudayaan setiap kaum di auditorium kecil dimana ia merupakan persembahan wajib yang mesti ditonton apabila berkunjung ke sini.

Advertisements