MAKLUMAT SEKOLAH

cropped-httpssmkkidurongbintulu-wordpress-comgaleri.jpg

Kod Sekolah :  YEA 9103
Nama Sekolah : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KIDURONG
Alamat Sekolah : Peti Surat 2078, Bintulu 97011, Sarawak, Malaysia
No Telefon : +6086 – 254225
No Fax : +6086 – 254228
Jenis Sekolah : Sekolah Menengah
Gred Sekolah : A
Peringkat Sekolah : Menengah
Sesi Persekolahan : Pagi & Petang
Blog Sekolah : SMK Kidurong Blog
TarikhTubuh : 06/01/1997
Jumlah Guru : 169 orang
Jumlah Staf Sokongan : 18 orang
Jumlah Murid : 2481 orang pelajar

Rawnedit

LOKASI SEKOLAH

SMK Kidurong terletak di bahagian di Bintulu iaitu bahagian ke-9 daripada 11 bahagian yang terdapat di negeri Sarawak. Lokasi strategik, iaitu lebih kurang 14km dari pusat bandar. Selain itu, sekolah ini juga terletak di kawasan perumahan Asean Bintulu Fertilizer (ABF), perumahan Bintulu Port dan perumahan Petronas. Oleh sebab lokasinya yang terletak sekitar perumahan, maka sekolah ini bebas daripada kesesakan lalu lintas yang biasanya dialami oleh kebanyakkan sekolah. Selain itu, sekolah ini berdekatan dengan beberapa taman permainan kanak – kanak, taman rekreasi, padang dan gelanggang permainan. Satu lagi ciri fizikal yang menarik ialah sekolah ini berdekatan dengan persisiran pantai yang begitu indah.

SMK KID MAP.jpg

SEJARAH SEKOLAH SMK KIDURONG

Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong, Bintulu telah dibuka pada 6 Januari 1997 dan merupakan sekolah menengah kelima di bahagian Bintulu. SMK Kidurong terpaksa beroperasi dalam satu sesi pembelajaran iaitu pada sebelah petang (12:50 petang – 6:30 petang) sehingga bulan Februari 1998 kerana masih menumpang di Sekolah Menengah Teknik Bintulu. Pada minggu pertama SMK Kidurong telah menerima seramai 254 orang pelajar dengan dibekalkan 14 orang tenaga pengajar. Tuan Haji Ali haji Mudin telah dilantik sebagai pengetua pertama dan beliau bertanggungjawab merangka dan merancang pembangunan SMK Kidurong. Populasi SMK Kidurong kemudiannya bertambah dari tahun ke tahun apabila menerima pelajar-pelajar dan pengambilan guru-guru baharu.

Pada 17 Februari 1998, Upacara Penyerahan Rasmi Projek SMK Kidurong kepada Unit Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Eastbourne Corporation Berhad telah diadakan dan akhirnya SMK Kidurong beroperasi di tapak baharunya. Oleh sebab SMK Kidurong baru sahaja ditubuhkan, bekalan alat kelengkapan dan infrastruktur adalah amat terhad. Namun masalah ini bukanlah halangan besar bagi guru-guru pelopor untuk merancang strategi pengajaran dan pembelajaran untuk membangunkan serta memajukan sekolah ini. Bersesuaian dengan moto sekolah “Maju Terus Maju”, SMK Kidurong terus berkembang dan beroperasi secara sistematik dengan sasaran untuk melahirkan seberapa ramai pelajar cemerlang pada tahun-tahun peperiksaan sekolah mahupun awam (Penilaian Menengah RendahSijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).

WAKTU PERSEKOLAHAN SMK KIDURONG BAGI TAHUN 2017 

jadual-waktu

Advertisements

Laman Web rasmi SMK Kidurong, Bintulu

%d bloggers like this: