PERUTUSAN PENGETUA

                               KATA – KATA ALUAN                                PENGETUA SMK KIDURONG

                Cikgu Rosli Salleh.jpg

                    Salam sejahtera dan salam perpaduan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan rasa bersyukur kerana telah diberi peluang untuk menabur bakti di SMK Kidurong. Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada pasukan pembangun laman web sekolah kerana telah berjaya membangunkan laman web sekolah dengan jayanya. Laman web ini diharap dapat menjadi penghubung antara warga Kidurong dengan masyarakat luar khususnya.

                  Sebagai salah sebuah sekolah menengah di Daerah Bintulu, sudah wajarnya SMK Kidurong menunjukkan peningkatan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dari tahun ke tahun. Dengan usaha dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh pihak pentadbiran, para guru, staf sokongan dan ahli PIBG, matlamat Negara dalam melahirkan Modal Insan kelas pertama akan dapat direalisasikan. Diharapkan suatu hari kelak, SMK Kidurong akan sentiasa menunjukkan kemajuan dalam segala aspek selari dengan moto sekolah “Maju Terus Maju”. Tambahan pula, pelbagai kemudahan telah disediakan untuk pelajar dan guru di SMK Kidurong dan diharapkan semua kemudahan itu digunakan dengan sebaiknya untuk kebaikan bersama.

                  Dengan kesempatan diberikan, saya berharap agar semua pihak meneruskan sokongan dan kerjasama yang diberikan bagi membolehkan SMK Kidurong terus menempa kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan kepada YDP PIBG dan semua AJK PIBG atas keprihatinan dan komitmen yang diberikan terhadap sekolah ini. Justeru, komitmen daripada semua pihak akan dapat menjadikan SMK Kidurong sentiasa dihadapan sejajar dengan visi sekolah iaitu “ Menjadi Sekolah Yang Terunggul” dan mampu menjadi institusi yang membanggakan.

                    Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga SMK Kidurong kerana berjaya melaksanakan tugas sebagai satu pasukan dan menghasilkan kejayaan dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan. Diharapkan pembudayaan konsep 6S – Senyum, Sapa, Salam, Sayang, Sabar dan Sepasukan akan menjadikan semua warga SMK Kidurong mempunyai semangat kekitaan yang jitu. Teruskan dan tingkatkan prestasi yang ditunjukkan agar SMK Kidurong terus gah menempa nama pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Laman Web rasmi SMK Kidurong, Bintulu

%d bloggers like this: