PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, mayarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
1.0 PENGENALAN      
         
  Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013; Pendidikan Khas ertinya pendidikan bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di suatu sekolah khas, atau di sekolah yang melaksanakan PPKI atau Program Pendidikan Inklusif pada peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah atau pendidikan lepas menengah.  Dalam sistem Pendidikan Khas di Malaysia, PPKI merupakan penyumbang utama enrolmen Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan dilaksanakan di seluruh negara.

 

Menurut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, MBK ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan (BL), ketidakupayaan pendengaran, (BD) ketidakupayaan pertuturan (SD), ketidakupayaan fizikal (PH), masalah pembelajaran (LD) atau mana-mana kombinasi atau ketidakupayaan (MD) serta masalah yang telah dinyatakan di atas.

Rujuk Lampiran 1: Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.

 

Kategori MBK adalah seperti berikut :

  a) Ketidakupayaan Penglihatan (BL)
    Ketidakupayaan penglihatan bermaksud murid yang mempunyai masalah penglihatan seperti buta dan rabun. Masalah penglihatan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu murid buta (blind), murid rabun atau penglihatan terhad (low vision). Terdapat tiga peringkat rabun atau penglihatan terhad iaitu sederhana,  teruk dan sangat teruk.

 

  b) Ketidakupayaan Pendengaran (BD)
    Ketidakupayaan pendengaran bermaksud murid yang mempunyai masalah pendengaran. Masalah pendengaran terbahagi kepada empat peringkat kehilangan deria pendengaran berdasarkan tahap desibel (Db) iaitu :
    i) Ringan (Mild) iaitu 25-40 Db
    ii) Sederhana (Moderate) iaitu 41-60 Db
    iii) Teruk (Severe) iaitu 61-90 Db
    iv) Sangat Teruk (Profound) iaitu 91 Db dan  ke atas

 

    Pilihan komunikasi bagi kanak-kanak masalah pendengaran bergantung kepada kesediaan intervensi awal kanak-kanak tersebut. Bagi kanak-kanak yang menggunakan alat pendengaran  dan mempunyai keupayaan untuk bertutur maka komunikasi yang dipilih adalah pertuturan biasa dengan bantuan peralatan.

 

  c) Ketidakupayaan Pertuturan
    Ketidakupayaan pertuturan terdiri daripada empat masalah iaitu:
    i) Masalah sebutan

Kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan atau dikenali sebagai pelat.

 

    ii) Masalah gagap

Merupakan gangguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana sesesorang itu mungkin mengulang, berhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan cepat.

 

    iii) Masalah suara

Berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi, rendah atau nada yang sama dan tidak berubah.

 

    iv) Masalah bahasa
      Berkaitan dengan sistem saraf pusat. Masalah ini mengganggu kefahaman atau penggunaan perkataan. Istilah yang digunakan ialah aphasia, bermaksud seseorang yang menghadapi kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan dan kesukaran menggunakan perkataan yang sesuai semasa berkomunikasi. Masalah pertuturan menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa dalam situasi sosial serta memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

 

  d) Ketidakupayaan Fizikal  
    Ketidakupayaan fizikal merujuk kepada murid yang mengalami kecacatan fizikal dan memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti kerusi roda. Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot. Antara masalah yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah cerebral palsy, epilepsy (sawan), spinabida (kecacatan tulang belakang yang menyebabkan kelumpuhan) dan limb deficiencies (anggota badan yang tidak sempurna akibat kemalangan atau kecacatan semasa kelahiran).

 

  e) Masalah Pembelajaran (BP)  
    Masalah pembelajaran dianggap sebagai masalah neurologi. Ianya berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. BP merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman, penggunaan bahasa lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja atau mengira.

 

masalah pembelajaran termasuklah masalah pembelajaran akademik, bahasa, ingatan, sosioemosi, kemahiran motor dan koordinasi serta hyperaktiviti. Kategori murid-murid masalah pembelajaran seperti Disleksia, (Attention deficit hyperactivity disorder), Slow Learner, Autisme, Sindrom Down, Terencat Akal Ringan dan Pintar Cerdas (Jas Laile Suzana Jaafar,1996, Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, 2009, Mohd Sharani Ahmad, 2006).

 

  f) Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
    Ketidakupayaan pelbagai ialah kombinasi ketidakupayaan seperti

i.        masalah pembelajaran dan masalah penglihatan

ii.     masalah pembelajaran dan masalah pendengaran

iii.         masalah pembelajaran dan masalah fizikal, masalah penglihatan dan masalah pendengaran

iv.         masalah penglihatan dan masalah fizikal serta masalah pendengaran dan masalah fizikal.

 

1.1

 

  Punca dan Bidang Kuasa

(Akta dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan  yang diguna pakai)

    a)    Akta Pendidikan 1961

b)    Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran 1979, Bab VI

c)    Peruntukan Akta Pendidikan 1996, Bab 8  Pendidikan Khas.

Seksyen 41 : Kuasa Untuk Menetapkan Tempoh Dan Kurikulum Pendidikan Khas.

d)    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 16/2002 ;

KP(BS) 8591/Jld XVII (16) bertarikh 3 Disember 2002 ( Tatacara Pelaksanaan Tempoh Belajar Bagi Persekolahan MBK Di Sekolah Pendidikan Khas Dan Di Program Integrasi Pendidikan Khas Seluruh Malaysia)

e)    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 23/1998

KP (BS) 8591 /JLD XIV (23) bertarikh  24 September 1998 ( Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam)

f)     Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2004

KP (BS)8591/Jld XVII (7) bertarikh 27 September 2001 ( Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah )

g)    Surat Pekeliling Kewangan Bil 1 Tahun 2012

KP(BKEW)(PK)1587/6/A/4 Jld2 (5) bertarikh 17 Februari 2012 (Pengurusan Elaun MBK Bagi Murid Dalam Kategori Orang Kurang Upaya )

h)   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985

KP (BS) 8591/Jld 11 (29) bertarikh 2 Januari 1985

(Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum)

 

DIREKTORI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI (JKMN)

1. JKMN Perlis

Tingkat Bawah, Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri

01000 Kangar, PERLIS

Tel: 04-9761957 / 04-9702245 Fax: 04-9791401

 

9. JKMN NEGERI SEMBILAN

Tingkat 1B, Wisma Negeri

Jalan Dato’ Abd. Malek

70000 Seremban

Negeri Sembilan

Tel: 06-7659555 / 06-7659556 Fax: 06-7629541

 

2. JKMN KEDAH

Aras Bawah, Blok C, Kompleks Persekutuan

Pusat P’tadbiran K’jaan P’sekutuan Anak Bukit, Bdr. Mu’adzam Shah

06550 Anak Bukit, Kedah

Tel: 04-7001700 Fax: 04-7313407

 

10. JKMN MELAKA

No. 36-2, Tingkat 2, Jalan KC 1

Bangunan Kota Cemerlang

75450 Lebuh Ayer Keroh, Melaka

Tel: 06-2324716 / 06-2324720 Fax: 06-2319221

 

3. JKMN PULAU PINANG

Lapisan 30, KOMTAR

10564 Pulau Pinang

Tel: 04-6505257/9 Fax: 04-2635964

 

11. JKMN JOHOR

Tingkat 4, Blok A, Wisma Persekutuan

Jalan Air Molek

80000 Johor Bharu

Tel: 07-2282971 / 07-2282972 Fax: 07-2240335

 

4. JKMN PERAK

Lot 1516, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab

30000 Ipoh, Perak

Tel: 05-2545505 Fax: 05-2546505

 

12. JKMN KELANTAN

Blok 7, Kompleks Kota Darul Naim

15503 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 09-7416900 Fax: 09-7481264

 

5. JKMN Selangor

Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan

No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14

40000 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-55101400 / 55101977 Fax: 03-55190232

 

13. JKMN TERENGGANU

Tingkat 1, Wisma Negeri, Jalan Pejabat

20564 Kuala Terengganu.

Tel: 09-6222444 / 09-6274256 Fax: 09-6239864

 

6. JKMN WILAYAH PERSEKUTUAN K. LUMPUR

Tingkat 9, Grand Seasons Avenue

No. 72, Jalan Pahang

53000 Kuala Lumpur

Tel: 03-40441188/03-26124000 Fax: 03-40428185

 

14. JKMN PAHANG

Lot 27 & 28, Bangunan Majlis Kebajikan  Dan

Sukan Anggota-anggota Kerajaan Pahang (MAKSAK)

Sri Kuantan Square, Jalan Telok Sisek

25050 Kuantan, Pahang

Tel: 09-5650222/200-204 Fax: 09-5165185

 

7. JKMN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Cawangan Putrajaya

Lot No. 1, Kompleks Kejiranan

Persint 16, Putrajaya

62502 Putrajaya

Tel: 03-88901672 Fax: 03-88901671

 

15. JKMN SARAWAK

(Kem. Pemb. Sosial dan Urbanisasi), Wisma Kebajikan

Lot 4273, Blok 14, Off Jalan Siol Kanan

93050 Kuching, Sarawak

Tel: 082-449577 Fax: 082-448741 / 082-448455 (Federal)

 

8. JKMN Sabah

Tingkat 4 & 5, Wisma Kebajikan .Jalan Sembulan

88899 Kota Kinabalu, Sabah

Tel: 088-2551333/4 Fax: 088-224983

16. JKMN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

3(1), Tingkat 3, Blok 4, Ujana Kewangan

Jalan Merdeka, Peti Surat 81212

87022 W.P. Labuan

Tel: 087-424961 Fax: 087-418185

 

 

 

SENARAI HOSPITAL-HOSPITAL KERAJAAN YANG MENYEDIAKAN

PERKHIDMATAN REHABILITASI

 

1.  

Hospital Sungai Buloh
Jalan Hospital
Sungai Buluh, Selangor
47000 Sungai Buluh, Selangor
Tel : 03-61454333
Fax : 03-61454222
http://hsgbuloh.moh.gov.my
 
8.  

Hospital Queen Elizabeth
Karung Berkunci N0.2029
Kota Kinabalu, Sabah
88586 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-517555
Fax : 088-318605
http://qeh.moh.gov.my
 
2.  

Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang, K Lumpur
WP Kuala Lumpur
50586 Kuala Lumpur
WP Kuala Lumpur
Tel : 03-26155555
Fax : 03-26989845
http://www.hkl.gov.my

 

9.  

Hospital Raja Perempuan Zainab II
Jalan Hospital
Kota Bharu, Kelantan
15000 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7452000
Fax : 09-7486951
http://hrpz2.moh.gov.my
3.  

Hospital Tuanku Ja’afar Seremban
Jalan Rasah, Seremban
 
70300 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06-7623333
Fax : 06-7625771
http://htjs.moh.gov.my/
10.  

Hospital Tengku Ampuan Afzan
Jalan Air Putih
Kuantan, Pahang
25100 Kuantan
Pahang
Tel : 09-5133333
Fax : 09-5142712
http://htaa.moh.gov.my/

 

 

4.  

Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Jalan Langat,41200 Klang
Klang, Selangor
41200 Klang
Selangor
Tel : 03- 33723333
Fax : 03-233729089
http://htar.moh.gov.my

 

11.  

Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Hospital
Ipoh, Perak
30400 Ipoh
Perak
Tel : 05-2533333
Fax : 05-2531541
http://hrpb.moh.gov.my
5.  

Hospital Serdang
Jalan Puchong
 
43000 Kajang
Selangor
Tel : 03-89475555
Fax : 03-89475050
http://hserdang.moh.gov.my

 

12.  

Hospital Pulau Pinang
Jalan Residensi
 
10990 Pulau Pinang
Pulau Pinang
Tel : 04-2225333
Fax : 04-2281737
http://hpp.moh.gov.my
6.  

Hospital Sultanah Aminah
80100 Johor Baru
Johor
Tel : 07-2231666
Fax : 07-2242694
 
 
   

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Laman Web rasmi SMK Kidurong, Bintulu

%d bloggers like this: