PENTADBIRAN

BIDANG TUGAS PENTABDIRAN

1) PENGETUA

  • Bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum dan kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
  • Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah
  • Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
  • Mengajar sebilangan waktu mengikut Pekeliling 3/67 1982 (Pindaan).

2) PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

  • Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua
  • Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
  • Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang.
  • Membantu Pengetua dalam menyedia dan menilai pengajaran dan pembelajaran
  • Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan.

3) PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

  • Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran
  • Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal Pendidikan Jasmani, Kokurikulum, Disiplin dan Kaunseling, Keselamatan dan Kebajikan murid, Buku Teks dan Biasiswa dan Bantuan Kewangan, Penerbitan dan Percetakan, Perayaan Sekolah, Koperasi Sekolah, Kantin Sekolah dan Pengawasan Asrama.
  • Membantu pengetua dalam hal pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang
  • Membantu pengetua menyelia dan menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

 4) PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

  • Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua
  • Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam semua aktiviti kokurikulum
  • Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang
  • Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses P&P di sekolah

 5) PENOLONG KANAN PETANG

  • Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan
  • Membantu Pengetua dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan sesi petang
  • Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti sekolah dan kelas sesi petang
  • Mengawasi dan menguatkuasakan disiplin murid sesi petang
  • Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran
  • Membantu mengeratkan hubungan antara guru sesi pagi dan sesi petang
  • Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.

6) PENOLONG KANAN TINGKATAN 6

  • Mengajar 8 waktu seminggu
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam Pengurusan dan Pentadbiran Tingkatan 6
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan Pengurusan Kurikulum Tingkatan 6
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan Pengurusan Hal Ehwal Murid Tingkatan 6
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan Pengurusan Kokurikulum Tingkatan 6
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam Pembangunan Organisasi Tingkatan 6.
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam Pembangunan Kendiri.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Laman Web rasmi SMK Kidurong, Bintulu

%d bloggers like this: