Program UBK

PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN BAGI PENGGAL 1 TAHUN 2018 :

Bulan Januari :

  1. Program Rimbunan Kasih
  2. Program Orientasi Tingkatan 1
  3. Program Orientasi Tingkatan 2
  4. Program Orientasi Tingkatan 3
  5. Program Orientasi Tingkatan 4
  6. Temuduga Ahli SLAD
  7. Temuduga PRS
  8. Pelancaran Guru Penyayang Peringkat Sekolah
  9. Program Serasi Bersama
  10. Program Jom Ke Sekolah
  11. Pelancaran Program Anti Ponteng
  12. Program Say No To Truancy
  13. Program Bersama Ibu Bapa Pelajar Ponteng
  14. Kem PRS Muda
  15. Penetapan Sasaran PT3 / SPM / STPM
  16. Program Ikatan Kasih Bil. 1/2018

Bulan Febuari :

  1. Program Mencari Permata
  2. Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 1 – (Inventori Minat Kerjaya)
  3. Mentor Mentee Bil. 1/2018

Bulan Mac :

  1. Program Stop Me Save Me
  2. Urine Test
  3. Program Ikatan Kasih Bil. 2/2018
  4. Program Pendidikan Kerjaya

Bulan April :

  1. Minggu Anti Dadah
  2. Mentor Mentee 2/2018
  3. Lawatan Kerjaya Tingkatan 2 Ke UPM
  4. Kem Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah Kokurikulum
  5. Mentor mentee Bil. 3/2018

Bulan Mei :

  1. Orientasi Tingkatan 6 Bawah
  2. Program Silang Budaya

Bulan Jun :

  1. Program Rimbunan Kasih
  2. Program Ikatan Kasih
  3. Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM)
  4. Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM & STPM 2017 – Press Metal
  5. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Bulan Julai :

  1. Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-18
  2. Seminar Didik Rakyat 2018
  3. Mentor Mentee Bil. 04/2018
  4. Pesta Gawai Raya KidSS 2018

Bulan Ogos :

  1. Kem Transformasi 2018 – PPSDM Fasa 3
  2. Program Kesihatan Remaja Anjuran OSTPC
  3. Ikatan Kasih – Ambang Merdeka “Doa Untuk Malaysia”

****************************************************************************

#Penggal Kedua Persekolahan Di SMK Kidurong

Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM)

Pelaksanaan program ini dibuat mengikut 4 fasa, dan SMK Kidurong  telah melaksanakan Fasa 1 pada bulan Mei 2018 yang melibatkan seramai 40 orang pelajar sesi pagi dan petang, kemudian diteruskan untuk Fasa 2 pada  27 Jun 2018.  Matlamat PPSDM adalah untuk menangani lima salah laku kategori berat iaitu berunsur jenayah, kelucahan, tingkah laku musnah, ponteng sekolah dan buli serta pengibatan murid dengan gejala dadah. Fokus pelaksanaan Modul PPSDM tahun 2018 adalah di semua sekolah menengah seluruh negara.

Program Ikatan Kasih Bil. 03/2018

Perjumpaan pada Ikatan Kasih yang ketiga dijalankan pada 27 Jun 2018. Program ini merupakan di antara pelaksanaan program Guru Penyayang, di mana pelajar dan guru akan berkumpul mengikut agama masing-masing dan perjumpaan dikendalikan oleh guru yang bertugas. Program ini juga dijalankan sebulan sekali secara bergilir dengan perjumpaan Mentor Mentee. Masa yang diperuntukkan untuk program ini ialah mengikut masa perhimpunan, pada hari Rabu.

Program Rimbunan Kasih – Senyum Sapa Salam (3S)

Pada 25 Jun 2018, sesi persekolahan penggal kedua bermula dengan program Rimbunan Kasih, iaitu bagi mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran pelajar ke sekolah, setiap kali selepas cuti sekolah. Semua guru sesi pagi dan petang diketuai oleh barisan pengurusan sekolah akan menyambut pelajar di pintu pagar sekolah dan mengamalkan 3 S – iaitu senyum, sapa dan salam.

 

#Imbas Kembali Memori Program-Program UBK Sepanjang Penggal 1-2018 :

Minggu Orientasi Tingkatan 1 :

Dilaksanakan pada 5 hingga 12 Januari 2018 dengan objektif utama untuk memberi peluang kepada pelajar baru mengenali dengan lebih dekat tentang budaya dan maklumat sekolah, di samping saling berkenalan dengan rakan-rakan baru. IMG_8933

 

 

Minggu Orientasi Tingkatan 3 & Tingkatan 4

Orientasi bagi pelajar Tingkatan 3 tahun ini dilaksanakan bagi mengingatkan semula penekanan terhadap sahsiah dan disiplin diri. Program ini dijalankan pada minggu pertama sesi persekolahan, iaitu pada 5 Januari 2018. Manakala bagi pelajar-pelajar Tingkkatan 4, sesi orientasi mereka dilaksanakan pada minggu kedua iaitu bermula 10 hingga 12 Januari 2018.

 

 

 

Program Rimbunan Kasih

Program ini adalah bagi mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran pelajar ke sekolah, setiap kali selepas cuti sekolah. semua guru sesi pagi dan petang diketuai oleh barisan pengurusan sekolah akan menyambut pelajar di pintu pagar sekolah dan mengamalkan 3 S – iaitu sapa, salam dan senyum.

 

Pelancaan Amalan Guru Penyayang

Program ini telah dibuat pelancaran pada 24 Januari 2018, dengan objektif untuk memupuk sikap penyayang dalam kalangan guru dan pelajar. Malah, denan pelancaran ini juga pelajar diberi penekanan semula kepada pembudayaan 3S- iaitu sapa, salam dan senyum.

 

 

Program Serasi Bersama – Amalan Guru Penyayang

Pelaksanaan program ini diadakan pada 17 Januari 2018, iaitu bermula pukul 12.00 tengahari hingga pukul 1.00ptg. Semua pelajar bersama guru kelas dan guru mentor masing-masing akan beramah mesra di dalam kelas dan saling berkenalan, di samping melafazkan ikrar dan membuat akujanji untuk bersama-saa menjaga kebersihan dan kekemasan kelas yang dikongsi bersama.

 

 

Program Say No To Truancy – Ponteng

Ini adalah di antara program yang dirancang bagi membantu pelajar yang mempunyai rekod kehadiran ponteng pada tahun sebelumnya untuk bersama-sama mengurangkan rekod ponteng pada tahun semasa.Pengisian program lebih menjurus kepada perkongsian ceramah dan beberapa slot LDK yang bertujuan untuk mewujudkan keseronokan pelajar hadir ke sekolah dan mengelakkan ponteng. Program ini dibuat pada ketetapan tarikh 25 Januari 2018.

 

Program Mentor-Mentee

Pelaksanaan Mentor Mentee dibuat sebulan sekali, pada setiap hari Rabu mengikut takwim sekolah. Selain daripada aktiviti meraikan hari jadi pelajar di dalam kelas, terdapat juga beberapa pengisian aktiviti LDK yang disediakan, dan guru kelas serta mentor akan menyampaikan mengikut kreativiti dan kesesuaian masing-masing.

 

 

Kursus Asas PRS dan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)

Selepas beraya di dalam sesi temuduga, pelajar yang terpilih harus mengikuti kursus asas ini yang dijalankan pada 20 Januari 2018, iaitu pada hari Sabtu bermula pada pukul 7.30pagi hingga pukul 5.00ptg. Di dalam kursus ini pelajar didedahkan tentang peranan dan kepimpinan sebagai PRS dan juga SLAD.

 

 

Program Ikatan Kasih

Program ini merupakan di antara pelaksanaan program Guru Penyayang, di mana pelajar dan guru akan berkumpul mengikut agama masing-masing dan perjumpaan dikendalikan oleh guru yang bertugas. Program ini juga dijalankan sebulan sekali secara bergilir dengan perjumpaan Mentor Mentee. Masa yang diperuntukkan untuk program ini ialah mengikut masa perhimpunan, pada hari Rabu.

 

 

Program Bersama Ibu Bapa Pelajar Ponteng

Perjumpaan bersama ibu bapa pelajar ponteng ini sangat penting kepada pihak sekolah kerana melalui sesi ini pihak sekolah dan ibu bapa dapat bersama-sama saling membantu mengawasi anak-anak daripada gejala ponteng sekolah. Program ini telah dijalankan pada 26 Januari 2018, dan mengumpulkan semua pelajar ponteng sesi pagi dan petang.

 

 

Program Mencari Permata

Program ini julung kali diadakan dengan tujuan untuk mencari dan memupuk sikap kepimpinan dalam kalangan pengawas yang telah dilantik. Pelajar-pelajar yang terpilih ini akan dipantau dari masa ke semasa dala tempoh 3 tahun oleh guru Pengawas bagi memastikan mereka layak dan sentiasa mempunyai keyakinan diri yang tinggi sebagai seorang pemimpin yang disegani di skeolah. Bagi permulaan tahun ini, program ini dijayakan pada 27 hingga 29 Mac 2018, dan mengambil masa 2 jam setiap hari.

 

 

Pentaksiran Psikometrik – Inventori Minat Kerjaya (IMK) Tingkatan 1

UBK sesi petang telah menjalankan pentaksiran Psikometrik bermula 26 Febuari hingga 2 Mac, semasa kelas ganti. Pelajar-pelajar yang telah selesai menjawab soalan akan diterangkan tentang hasil skor dan dibimbing untuk tahu bagaimana personaliti, hala tuju dan minat kerjaya mereka.

 

 

Program Informasi Pendidikan & Landasan Kerjaya

Ini merupakan program tahunan yang akan diadakan setiap kali menjelang pengumuman keputusan SPM. Khusus untuk pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6, juga untuk lepasan SPM atau STPM pengisian program ini  bertujuan bagi membantu mereka untuk mengenalpasti pilihan tentang pengajian di pusat pendidikan tinggi dan ke mana hala tuju selepas tamat pengajian. SMK Kidurong pada tahun ini telah menjemput beberapa institusi pengajian untuk turut serta dalam pameran pendidikan pada 28 Mac 2018.

 

 

Pelancaran Minggu PPDa

SMK Kidurong tahun ini telah membuat pelancaran minggu PPDa pada awal bulan April. Dan sepanjang minggu PPDa ini, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memupuk kesedaran daalam kalangan pelajar tentang bahaya rokok dan penyalahgunaan dadah. Pelancaran ini dirasmikan sendiri oleh Pengetua sekolah, iaitu Cikgu Rosli Salleh bersama-sama barisan pengurusan sekolah yang lain.

 

 

Kem Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah Kokurikulum Di Taman Negara Similajau

Aktiviti kem kepimpinan ini juga merupakan program wajib sekolah untuk membantu barisan kepimpinan sekolah mengenal potensi dan jati diri mereka. Pada tahun ini kem kepimpinan dilaksanakan di Taman Negara Similajau, iaitu bermula 14 hingga 15 April 2018. Selain aktiviti berkaitan jati diri dan kepimpinan, peserta kem juga terlibat secara langsung unttuk aktiviti kemasyarakatan iaitu gotong-royong mebersihkan kawasan sekitar Taman Negara. Peserta kem dipilih daripada Lembaga Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, PRS, Pengawas Koperasi, Ketua Kelas dan juga pemimpin tertinggi badan Beruniform sekolah.

 

 

 

Lawatan Kelas MPV – Tngkatan 5 Ke  ADTEC

Program lawatan ini adalah bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali lebih dekat tentang aktiviti yang ditawarkan di pusat kemahiran ADTEC. Pelajar diberikan pendedahan dan pengalaman sebenar berada di lapangan.  Program ini diadakan pada 12 April 2018 yang lepas, dan melibatkan para pelajar dari semua kelas 5MPV.

 

 

Lawatan Kelas KRK – Tingkatan 2 Ke UPM

Pada tarikh yang sama dengan lawatan ke ADTEC, pelajar kelas KRK Tingkatan 2 juga turut membuat lawatan ke Universiti Putra Malaysia, kampus Bintulu iaitu pada 12 April 2018. Pelajar kelas KRK ini dipilih kerana mereka akan diberikan tugasan oleh guru matapelajaran masing-masing tentang tugasan yang perlu disiapkan hasil daripada pemerhatian mereka ke tapak lawatan. Pihak UPM telah membawa pelajar untuk melihat ladang ternakan lembu dan kambing yang ada di UPM kampus Bintulu.

 

Advertisements

Laman Web rasmi SMK Kidurong, Bintulu

%d bloggers like this: