VISI & MISI

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

VISI

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

MISI

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

WAWASAN SMK KIDURONG

1. Sekolah mendokumentasikan wawasan sekolah dengan jelas berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara:

  • Bahasa yang mudah difahami
  • Boleh dihayati dan
  • Dapat diamalkan

2. Kepimpinan sekolah dan guru menetapkan penggubalan wawasan, matlamat, objektif dan sasaran sekolah dengan merujuk kepada isu dan masalah sekolah, Jabatan Pendidikan, Negeri dan Kementerian Pendidikan.

3. Sekolah menyebarkan wawasan melalui

  • Mesyuarat guru, staf sokongan serta Mesyuarat PIBG
  • Pameran di tempat yang strategik pencapaian terkini sekolah
  • Edaran dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah Ikut Keperluan

4. Sekolah mengadakan rancangan kurikulum dan kokurikulum serta pengurusan sekolah / fizikal yang menyeluruh.

5. Sekolah mengadakan Rancangan Tahunan:

  • Objektif
  • Tarikh perlaksanaan
  • Sumber tenaga,kerja dan kos
  • Penilaian dan tindakan susulan

6. Warga sekolah yakin boleh mencapai kecemerlangan pendidikan bersesuaian:

  • Boleh dicapai (realistik atau jelas dan telus)
  • Boleh diukur dan
  • Rujukan atau resos yang mencukupi

7. Warga sekolah bekerjasama mencapai wawasan, matlamat dan objektif serta sasaran sekolah seperti:

  • Terus berusaha mencari dan menimba ilmu
  • Bekerja lebih masa
  • Menjalankan tugas yang diberi dan
  • Bertanggungjawab melaksanakannya sehingga selesai

8. Sekolah melaksanakan program dan aktiviti berdasarkan pekeliling kemajuan perkhidmatan awam dan surat – surat pekeliling ikhtisas

9. Sekolah memantau keberkesanan pelaksaan program dan aktivit yang dirancang dalam “blueprint”:

  • Berjadual dan berekod
  • Dari semasa ke semasa
  • Apabila mendapat maklumat dan maklum balas.

Advertisements

Laman Web rasmi SMK Kidurong, Bintulu

%d bloggers like this: